GOLONGAN YANG SELAMAT


GOLONGAN YANG SELAMAT
Dari ‘Auf bin Malik Ra. Dia berkata: Rasulullah SAW bersabda; “Umat Yahudi telah berpecah-belah menjadi tujuh puluh satu golongan, maka hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan yang tujuh puluh lagi akan masuk neraka. Umat Nashrani telah berpecah belah menjadi tujuh puluh dua golongan, maka tujuh puluh satu golongan masuk neraka dan hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga. Demi Tuhan yang diriku di dalam kekuasaanNya, umatku akan berpecah belah menjadi tujuh puluh tiga golongan, hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan tujuh puluh dua akan masuk neraka. Sahabat bertanya, “Golongan mana yang selamat ? ” Nabi SAW menjawab, “Mereka adalah jamaah. (Golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah) (HR. Ibnu Majah)

Keterangan
Yang dimaksudkan dengan jamaah yang selamat ini ialah golongan yang tetap berpegang teguh kepada Al-Quran dan As-Sunnah dan juga dengan pendirian sahabat-sahabat dan salafus-soleh, atau pun yang diistilahkan oleh para ulamak dengan golongan “Ahli Sunnah wal jamaah”. Selain dari golongan ini adalah sesat dan akan menjadi penghuni neraka.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment